Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 20 April 2012

Kenangan mengusik jiwa di Panggung Singapura


SINGAPURA -BAGI Encik Halim Haji Husni, 55 tahun, (depan, kiri) sukar membayangkan bangunan tiga tingkat ini - Panggung Singapura - pernah menjadi mercu tanda di kalangan orang Melayu pada tahun 1960-an.

Di situlah peminat filem Hindustan seperti Bobby, Heeti Mere Sathi, dan Kabhi Kabhi berpusu-pusu membeli tiket berharga 50 sen atau tiket pasaran gelap.

Bagi Encik Hashim Mohd Noor (empat dari kiri) pula, lagu Hindustan 'kabhi kabhiii mere dil meinnn' yang dinyanyikan oleh para penonton ketika keluar dari panggung masih terpahat di ingatannya.

Encik Halim dan Encik Hashim bersama-sama (dari kiri) Encik Salim Abdullah; Haji Abu Bakar Mohamed; Ridawan Zahari; S.A Hamid S.Dawood; Husin Yusof Ibrahim dan Alipitchay Mohd Noor adalah di kalangan bekas penduduk Geylang yang masih ingat fenomena orang Melayu menyambut Hari Raya pertama di panggung tersebut.

Mereka juga masih dapat mengingat berapa kali heroin Waheeda Rehman dalam filem Ram Aur Shyam bertukar baju dalam sebuah filem.
Kini gelombang filem Hindustan yang memaparkan hero dan heroinnya memeluk pokok sudah lama berlalu. Panggung ini akan digantikan dengan sebuah pusat komersial dan kondominium tidak lama lagi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular