Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 19 April 2012

Mesyuarat pertama MAINPP tidak sah?




GEORGETOWN - Mesyuarat pertama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang berlangsung di sini semalam dikhuatiri tidak sah kerana ia dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Salleh Man sedangkan Yang Dipertua MAINPP, Abdul Malik Kassim masih ‘wujud’ dan berada di dalam negeri ini.

Bekas YDP MAINPP, Datuk Shabudin Yahya berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang, mesyuarat MAINPP perlu dipengerusikan oleh Yang Dipertua kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Shabudin berkata, perlantikan Abdul Malik sebagai YDP MAINPP itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 10 Februari lalu masih lagi belum terbatal mahupun ditarik balik dan sepatutnya beliau (Abdul Malik) perlu mempengerusikan mesyuarat setiap mesyuarat yang diadakan.

“Timbalan Yang Dipertua boleh memanggil mesyuarat jika tiada Yang Dipertua. Tapi masalah sekarang Yang Dipertua ada, dia tidak tarik diri. Jadi kita anggap Yang Dipertua MAIPP wujud.

“Status mesyuarat hari ini (semalam) menjadi pertikaian sama ada sah atau tidak kerana Timbalan YDP tidak mendapat apa-apa perwakilan dari YDP dan YDP sepatutnya mempengerusikan mesyuarat itu kerana dan tak ada sebab untuk tidak hadir,” katanya pada sidang media di sini.

Sementara itu, Shabudin berkata, mesyuarat berkenaan penting kerana selalunya ia membincangkan perkara seperti urusan tanah, zakat, akidah dan pelantikan hakim.

“Sebagai contoh, jika mesyuarat hari ini memutuskan pelantikan amil maka pelantikan itu tidak sah. Jika tidak sah maka kutipan zakat selepas sini juga tidak sah,” katanya.

Difahamkan, mesyuarat pertama MAIPP berlangsung bermula jam 9 pagi.

Bagaimanapun, dua Ahli Majlis Eksekutifnya iaitu Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob dan Mufti negeri, Datuk Seri Hassan Ahmad dikatakan tidak hadir.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular