Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 31 Mac 2011

Dua pengikut fahaman Syiah didakwa di Mahkamah Syariah


RAWANG - Seorang pengikut fahaman Syiah, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang terhadap pertuduhan membantu mengembangkan fahaman yang telah diharamkan itu.

Tertuduh, Mohd Kamil Zuhairi, 46 didakwa membantu dalam mengembangkan kumpulan syiah yang melanggar fatwa tentang fahaman Syiah yang telah diwartakan pada 24 September 1998.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis, beralamat 9C Jalan SG 3/16 Taman Seri Gombak, Batu Caves, Hulu Selangor, antara 9 malam dan 10.40 malam pada 15 Disember 2010.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan yang dinyatakan dan arahan-arahan diberikan fatwa oleh pihak berkuasa agama.

Jika disabitkan kesalahan, dia yang diwakili peguam Muhammad Burok, boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular