Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 31 Mac 2011

Polis Selangor cari wanita Singapura berhubung kes tipu RM9.5 juta


KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor (JSJK) sedang mengesan seorang saksi wanita warga Singapura bagi membantu siasatan kes penipuan yang membabitkan nilai RM9.5 juta.

Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman, ACP Ramli Mohamed Yoosuf, dalam satu kenyataan hari ini berkata kes itu membabitkan penjualan lapan lot tanah di Kampung Baru di sini, dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, saksi itu bernama Khairiah Adam@Era, bernombor pasport S1811607C dan beralamat di No 2, Jalan Austin Perdana 2/15, Taman Austin Perdana, Johor Bahru.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat JSJK Selangor Inspektor Faizal Ahmad di talian 03-55145222 sambungan 6703, atau 017-6060631 serta balai polis berdekatan. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular