Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 29 Mac 2011

Tertuduh dihukum jel 16 tahun, rotan lapan kali



SINGAPURA: MOHAMMAD Johan Rashid, yang terlepas daripada kemungkinan dihukum mati kerana membunuh seorang budak lelaki enam tahun pada 2009, dihukum penjara dan rotan semalam.

Penganggur berusia 32 tahun itu dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan rotan lapan kali kerana menyebabkan kematian Allahyarham Muhammad Nor Rashidy Rahmat, yang nama timangannya 'Edy', semasa kanak-kanak itu dalam jagaannya.

Pada mulanya Johan menghadapi kemungkinan dihukum mati kerana dituduh membunuh Allahyarham, tetapi pendakwa meminda tuduhan kepada bertindak mengakibatkan kematian tanpa dirancang.

Tuduhan lebih ringan itu boleh membawa hukuman penjara seumur hidup.

Johan telah mengaku bersalah dan terlepas daripada hukuman penjara seumur hidup setelah peguamnya membentangkan hujah dia telah benar-benar menjaga Allahyarham dan tidak bermaksud mencederakannya.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Choo Han Teck menegaskan perbuatannya, walaupun dikaburi perasaan marah, tidak boleh dipandang ringan.

Mahkamah mendengar bahawa Johan menerajang dan menghentak kakinya atas tubuh Allahyarham sehingga tulang rusuknya patah dan paru-paru kanannya luka pada 20 November 2009.

Apabila mendapati budak itu telah meninggal dunia, dia menyimpan mayatnya dalam sebuah beg troli dan menyembunyikan beg itu dalam belukar dekat Sungai Kallang.

Mahkamah diberitahu bahawa Johan dan temanitanya waktu itu, Siti Roudha Amir, rapat dengan keluarga nenek Allahyarham, Cik Asmah Asmoneh, 58 tahun, dan kerap menjaga Allahyarham.

Sedang ibu bapa Allahyarham meringkuk dalam penjara kerana kesalahan dadah, Allahyarham tinggal di flat Cik Asmah di Kallang Bahru.

Peguam bela, Encik Thangavelu, memberitahu mahkamah Johan takut membawa Allahyarham pulang ke flat Cik Asmah kerana diberitahu bahawa Biro Narkotik Pusat (CNB) telah menyerbu flat itu.

Johan dicari CNB kerana mengelak daripada mengambil ujian air kencing.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Johan marah apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada anak Cik Asmah yang memberi amaran bahawa mereka akan melaporkannya kepada polis jika Edy tidak dipulangkan dalam masa 12 jam.

Johan menjadi lebih marah apabila Allahyarham memberi komen 'padan muka' ketika dia bertengkar dengan anak Cik Asmah menerusi telefon lalu menyerang Allahyarham.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular