Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 29 Mac 2011

Isu kamera intip masih disiasat


SHAH ALAM: “Kami akan umumkan hasil siasatan kamera pengintip ini apabila ia selesai kelak. Ketika ini, siasatan masih berjalan,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini, semalam.

Abdul Khalid (PKR-Ijok) berkata, kerajaan negeri juga melantik Tetuan Akhbar Associates yang beralamat di L-2-7, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas Satu, Kuala Lumpur, untuk melakukan pemeriksaan daripada semasa ke semasa mengenai keselamatan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

“Pemeriksaan komprehensif dijalankan tiga hari bermula pada 27 hingga 29 Disember tahun lalu ke atas 10 bilik (iaitu) bilik Menteri Besar dan seluruh ahli majlis Kerajaan Negeri.

“Siasatan dibuat bagi mencari jika wujud tanda yang menunjukkan terdapat perkakasan elektronik seperti perakam, video dan kamera,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kali ke-12, di sini, semalam.

Abdul Khalid menemui kamera intipan itu secara tidak sengaja pada 11 Ogos tahun lalu, selepas beliau terdengar bunyi bip daripada peralatan merakam yang mampu memindahkan rakaman ke program yang berasaskan web dalam pejabatnya di tingkat 21 Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular