Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 29 Mac 2011

Pengundian memilih calon wakil Daerah dalam Majlis Mesyuarat Negara

FOTO: Seorang penghulu di Belait memasukan kertas penamaan ketika proses pengundian.




BANDAR SERI BEGAWAN: Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung dan Ketua-ketua Rumah Panjang menunaikan tanggungjawab mereka mengundi memilih calon-calon bagi pelantikan menjadi wakil-wakil Daerah dalam Majlis Mesyuarat Negara yang dijalankan secara serentak di keempat-empat daerah hari ini.

Seramai 53 pemimpin peringkat akar umbi telah dicalonkan dengan sesi pengundian berjalan lancar di kesemua empat daerah petang ini.

Bagi Daerah Brunei Muara majlis pencalonan dan pengundian berlangsung di Dewan Muhibah, Berakas di mana 28 orang telah dicalonkan manakala di Daerah Belait dan Tutong masing-masing seramai 10 pemimpin akar umbi dicalonkan.

Pegawai Daerah Brunei Muara, Haji Jamain Momin berkata, wakil-wakil yang akan dipilih sebagai wakil Daerah Brunei dan Muara akan mempunyai satu tanggungjawab yang amat besar bagi mewakili rakyat dan penduduk bagi Daerah berkenaan dalam mengatasi sebarang isu-isu untuk disuarakan dalam Dewan Mesyuarat Negara demi kepentingan rakyat, kemajuan dan pembangunan daerah khasnya dan negara amnya.

Oleh itu, penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung disaran menggunakan peluang yang diberikan bagi mengemukakan calon-calon dengan penuh teliti serta bijaksana, katanya ketika berucap di Majlis Pencalonan dan Pengundian bagi Pemilihan Calon Untuk Dilantik Menjadi Wakil-wakil Daerah Dalam Majlis Mesyuarat Negara, bagi Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung di Dewan Muhibah, Pejabat Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

Hadir di majlis berkenaan selaku pemerhati ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato Paduka Awang Sa Bali Abas.

Haji Jamain seterusnya berkata bahawa dalam pemilihan calon, penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung perlu mempertimbangkan supaya calon-calon dipilih itu benar-benar mempunyai kewibawaan, sifat-sifat kepimpinan dan mampu untuk meluahkan pemikiran-pemikiran yang bernas.

Sementara itu di daerah Tutong, majlis pencalonan dan pengundian bagi pemilihan calon untuk dilantik bagi daerah Tutong diadakan di Bilik Johan Pahlawan, Pejabat daerah Tutong dengan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato Paduka Haji Abdul Majid Mangarshah hadir untuk memerhati majlis berkenaan.

Manakala di Belait, majlis pencalonan dan pengundian bagi memilih calon untuk dilatik mewakili daerah Belait berlangsung di Dewan Qiyadah Jabatan Daerah Belait dengan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Roslan Haji Taja'ah hadir selaku pemerhati.

Seramai 10 orang dicalonkan untuk pengundian akhir pada tahun ini berbanding dengan hanya enam orang pada tahun lalu. Daerah Belait sebelum ini hanya mempunyai seorang wakil Ahli Majlis Mesyuarat Negara iaitu Ketua Kampung Lumut 1 Awang Haji Mohd Shafiee Ahmad.

Pencalonan dan pengundian bagi Daerah Temburong hari ini berlangsung di Dewan Maufakat Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Temburong. Sesi pencalonan hari ini bermula dari jam 9 hingga 10 pagi manakala sesi pengundian bermula dari jam 2 hingga 3 petang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular