Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 16 Mac 2011

Masjid Singapura kutip derma mulai esok


SINGAPURA: Usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada para mangsa bencana alam di Jepun terus giat dijalankan dan masyarakat Islam di Singapura juga tidak terkecuali.

Bermula esok, masjidmasjid di seluruh Singapura akan mengutip derma, khas bagi membantu mangsa bencana di Jepun, bagi pihak Yayasan Rahmatan Lil Alamin.

Tabung-tabung derma akan ditempatkan di kesemua 69 masjid sehingga Khamis depan.

Tabung-tabung itu akan ditandakan dengan Sumbangan Masyarakat Islam Singapura kepada Usaha Bantuan Kemanusiaan di Jepun.

Selain itu, orang ramai juga boleh menderma kepada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di Hab Islam, Braddell Road atau secara dalam talian melalui laman Muis di alamat www.muis.gov.sg.

Bencana berganda, tsunami dan gempa bumi, yang berlaku di Jepun telah mengorbankan lebih 3,000 jiwa dengan 6,000 orang dilaporkan hilang.

Keadaan diburukkan dengan kerosakan teruk ke atas loji nuklear di wilayah Fukushima.

Badan bantuan kemanusiaan, Mercy Relief, juga telah mengirimkan pasukan ke Jepun untuk sama-sama membantu mangsa bencana.

Orang ramai boleh melungsuri laman Mercy Relief di alamat www.mercyrelief.org untuk mendapatkan butirbutir tentang cara menderma kepada badan itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular