Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 16 Mac 2011

Silat remaja kebangsaan ke-9 di Melaka Jun


MELAKA – Lebih 400 pesilat dari seluruh negara dijangka menyertai Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan kali ke-9 yang akan diadakan di Stadium Mini Bistari di Ayer Keroh di sini, pada 2 hingga 7 Jun depan.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kejuaraan enam hari itu akan mempertandingkan 18 kategori antaranya Silat Olahraga dan Jurus Tunggal.

”Kejuaraan ini menjadi medan penting bagi Pesaka mencungkil bakat pesilat muda dari seluruh negara untuk dilatih menjadi pesilat yang mampu mengharumkan nama negara satu hari nanti,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pesaka di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, Pesaka kini mempunyai empat juta anggota yang bernaung di bawah 372 perguruan di seluruh negara dan mereka merupakan aset penting untuk membawa seni silat ke era baru. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular