Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 20 Ogos 2010

Nikah Sindiket: Pak Sheikh didakwa

Abdul Rahman (kanan) yang cuba menutup wajahnya berbual dengan peguamnya, Boestamam di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Seminggu selepas penangkapan dua lelaki yang terbabit dalam kegiatan nikah sindiket Pak Sheikh, salah seorang daripadanya berjaya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Tertuduh, Abdul Rahman Adam, 46, seorang penolong amil zakat di sebuah kariah masjid di sini didakwa atas tuduhan bersubahat menikahkan pasangan secara sindiket di sebuah rumah pada hari ketiga Ramadan 13 Ogos lalu.

Namun, rakan subahat tertuduh iaitu jurunikah tanpa tauliah yang merupakan seorang warga Indonesia berstatus kerakyatan tetap (PR) gagal hadir untuk dibacakan pertuduhan. Dia dipercayai telah melarikan diri.

Abdul Rahman yang hadir bersama beberapa rakan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan mohon dibicarakan.

Sementara jurunikah palsu berkenaan, Asbai' Rofik, 56, dari Indonesia pula dikenakan waran tangkap oleh mahkamah atas kegagalan hadir ke mahkamah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular