Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 20 Ogos 2010

Penerbit Filem Raja Azmi diikat jamin RM8,000



KUALA LUMPUR :--- Disebabkan tidak hadir memberi keterangan dalam satu kes saman sivil di Mahkamah Tinggi di sini pada 12 Julai lalu, penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman hampir dikenakan tindakan mahkamah hari ini.

Ini kerana, Hakim Datuk Lim Yee Lan menyifatkan ketidakhadiran wanita itu walaupun sapina telah dikeluarkan lebih tiga kali sebagai menghalang dan mengganggu proses mahkamah sehingga menyebabkan perbicaraan kes itu terpaksa ditangguhkan.

Raja Azmi bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan RM8,000 selepas rakannya, Zahrin Aris membayar wang ikat jamin tersebut berikutan suaminya yang juga bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek tidak dibenarkan menjadi penjamin kerana telah diisytiharkan muflis.

Hakim turut memerintahkan agar Raja Azmi hadir ke mahkamah setiap kali prosiding dijalankan sehingga kes membabitkan dirinya, Jalani dan syarikat milik pasangan itu, Equal Alliance Sdn. Bhd. diputuskan.

Beliau membuat keputusan itu selepas Raja Azmi yang memakai baju kurung moden berwarna merah dan biru hadir ke mahkamah hari ini dengan diiringi beberapa anggota polis kira-kira pukul 9.25 pagi.

Turut hadir di mahkamah ialah suami dan anak sulungnya, Puteri Suraya serta suami kepada anaknya yang juga seorang pengarah filem, Mohd. Shadan Hashim.

Semalam, Raja Azmi, 51, terpaksa bermalam di lokap selepas ditahan di Balai Polis Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini pada pukul 4.50 petang setelah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi berhubung kes saman tersebut.

Dalam tuntutan itu, Raja Azmi, Jalani dan Equal Alliance selaku pihak defendan telah disaman oleh ahli perniagaan, Hamzah Abdul Majid membabitkan penjualan sebidang tanah seluas 14.2 hektar dengan harga RM5.9 juta.

Tuntutan itu dibuat kerana mereka didakwa telah bersubahat dengan LBS Bina Holdings Sdn. Bhd. dan salah seorang pengarahnya, Joey Lim Hock Guan apabila menjual tanah itu kepada syarikat pembinaan tersebut.

Sedangkan, pihak defendan didakwa telah berjanji untuk menjual hartanah tersebut kepada Hamzah sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian bertarikh 21 Februari 1996 dengan harga RM4.9 juta.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular