Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 16 April 2012

Aaron Aziz lerai rindu peminat di Brunei

Salah seorang peminat yang berpeluang berlakon bersama Aaron Aziz di atas pentas.



BANDAR SERI BEGAWAN - Pelakon terkenal yang baru sahaja menerima Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Aaron Aziz bersama isterinya, Diyana Halik menemui peminatnya di Negara Brunei Darussalam di Tarindak Polo, Jerudong hari ini.

Kehadiran Aaron Aziz sempena Pameran Bliss Wedding 2012 itu, disambut meriah oleh peminatnya yang tidak mahu ketinggalan merakamkan saat istimewa bersama artis kesayangan melalui lensa kamera atau kamera telefon bimbit mereka.

Peminat Aaron Aziz yang berpeluang bersua muka dengannya hari ini merupakan mereka yang membeli tiket bernilai $100 dan beberapa pemenang tiket bertuah.

Turut memeriahkan dalam majlis itu ialah DJ dari Kristal FM, DJ Zurin dan beberapa artis seperti Zul Faden, Maria, Lily Chiam dan Shian Li Chiam. Pada petang itu juga, Zul Faden dan Maria telah menyampaikan sebuah lagu duet yang bertajuk Ombak Rindu.

Peminat juga berpeluang berlakon secara spontan dengan Aaron Aziz berdasarkan wataknya Haris dalam filem terkenal, Ombak Rindu.

Salah seorang peminatnya, Norserisah Haji Abu Bakar berkata, dia amat teruja dapat berlakon dengan pelakon pujaannya itu.

Orang ramai yang datang untuk bertemu peminat bersama Aaron Aziz



"Peristiwa ini tidak akan saya lupakan kerana watak saya sebagai Izah untuk berdamping dengan Haris walaupun sekejap saja amat menyentuh hati saya sebagai seorang peminat," ujarnya dengan gembira.

Manakala seorang lagi peminat, Dayang Haniza turut berpeluang menunjukkan bakat lakonannya bersama dengan Aaron Aziz dan berharap beliau akan kembali semula ke Brunei kerana ramai lagi peminatnya di negara ini yang ingin bertemu dengannya.

Semasa ditemu bual oleh wartawan, Aaron dan isterinya, Diana kagum dengan sikap orang Brunei dan peminatnya yang sangat peramah.

Walaupun mereka tidak punya banyak masa untuk meninjau sekitar Brunei, beliau mengatakan Brunei adalah sebuah negara yang sangat unik dan berprestij.

"Semasa kami berada di sini, tidak ada rasa tertekan dan kami merasa releks kerana di Brunei tidak sama dengan negeri yang sangat sibuk seperti di Kuala Lumpur," Diana Halik menjelaskan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular