Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 16 April 2012

Rumah baru Darul Ma'wa mudahkan skim penjagaan lanjut

Cik Halimah Yacob menyambut kanak-kanak dari Rumah Tumpangan Darul Ma'wa ke rumah baru mereka di Guillemard Crescent.




SINGAPURA - RUMAH Tumpangan Kanak-Kanak Darul Ma'wa akan memberi tumpuan kepada program penjagaan lanjut bagi penghuninya yang bakal pulang ke pangkuan keluarga.

Menurut superintenden Darul Ma'wa, Encik Sophian Kayat, pelbagai kemudahan yang ada di tempat baru Darul Ma'wa di Guillemard Crescent akan memudahkan lagi program tersebut dijalankan bagi para penghuninya.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian Darul Ma'wa, semalam.

Majlis tersebut dihadiri Menteri Negara (Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan), Cik Halimah Yacob, yang menyambut 80 penghuni rumah tumpangan tersebut ke rumah baru mereka.

Menurt Encik Sophian, di bawah program itu, para penghuni diberi kebebasan berdikari dan mengatur sendiri jadual harian mereka.

'Sebelum mereka pulang ke pangkuan keluarga untuk selama-lamanya, para penghuni akan diberikan tempoh penyesuaian selama setahun.

'Sepanjang tempoh ini, kehidupan mereka tidak lagi berdasarkan aturan ketat, sebaliknya mereka mempunyai lebih banyak peluang membuat keputusan sendiri seperti sama ada mahu belajar atau tidur,' kata Encik Sophian.

Pelaksanaan program tersebut, menurut Encik Sophian, dipermudahkan dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan di bangunan baru Darul Ma'wa seperti bilik-bilik belajar yang terletak berdekatan bilik tidur para penghuni.

'Sebelum ini, di bangunan lama, apabila tiba waktu tidur, semua lampu di bilik-bilik kemudahan dipadamkan.

'Para penghuni harus mengikut peraturan dan tidur pada waktu yang ditetapkan.

'Dengan kemudahan baru ini, para penghuni yang mengikuti program penjagaan lanjut boleh membuat pilihan sendiri sama ada mahu belajar atau tidur.

'Jika mereka ingin belajar, mereka boleh ke bilik belajar yang terletak tidak jauh dari bilik tidur mereka.

'Mereka tidak perlu mengikuti jadual penghuni yang di bawah program penjagaan dalaman,' katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular