Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 3 April 2012

Lelaki31, dihukum penjara dan sebat kerana meliwat



BANDAR SERI BEGAWAN - Seorang lelaki berusia 31 tahun yang sudah beristeri dan mempunyai anak, hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dengan tiga sebatan setelah dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas dakwaan sodomi budak-budak lelaki dan menipu mereka.

Selepas perbicaraan panjang di mana pihak pembela dan pendakwa membentangkan kes mereka, Ketua Hakim yang menghakimkan kes tersebut menyampaikan mesej bahawa budak-budak lelaki perlu dilindungi daripada Wan Yunus bin Haji Wan Drus dan sebagai amaran kepada yang lain untuk tidak melakukan kesalahan yang sama.

Ketua Hakim, tidak mempercayai keterangan tertuduh dan saksinya selepas mendapati keadaan yang tidak konsisten dan percubaan untuk menyokong cerita yang diberitahu di mahkamah serta berpuas hati dengan kes pendakwa ke atas tertuduh adalah tidak diragukan.

Wan Yunus yang merupakan bekas seorang pegawai jabatan keselamatan dalam negeri menghadapi sembilan pertuduhan. Dalam pertuduhan pertama dia didakwa menggunakan jenayah paksa ke atas seorang remaja lelaki berusia enam belas tahun dengan menggeselkan alat sulitnya ke atas alat sulit remaja lelaki terbabit sekitar Januari 2010 di kediaman tertuduh di Kampung Perpindahan Rimba.

Pertuduhan kedua menyatakan dia menipu remaja yang sama dengan memperdayakannya untuk mempercayai dia mempunyai kuasa untuk melihat dan menghalau semangat jahat dan memujuk remaja lelaki itu untuk menggesel alat sulitnya ke atas remaja tersebut. Ini juga berlaku di kediaman tertuduh.

Sekitar awal April 2010 di kediaman Wan, dia mencabuli remaja lelaki berusia tiga belas tahun di rumahnya. Ini menurut kepada pertuduhan ketiga.

Bagi pertuduhan keempat, Wan menipu remaja lelaki berusia 13 tahun dengan memperdayakannya bahawa dia memiliki kuasa untuk melihat dan menghalau semangat jahat dan memujuknya untuk dicabuli di kediamannya sekitar awal April 2010.

Remaja berusia tiga belas tahun terbabit sekali lagi di cabuli oleh Wan sekitar pertengahan April 2010 di kediaman Wan selepas diperdaya bahawa Wan memiliki kuasa untuk melihat dan menghalau semangat jahat, seperti kenyataan pada pertuduhan kelima.

Pertuduhan keenam menyatakan Wan telah mencabuli remaja lelaki berusia tiga belas tahun di kediamannya sekitar pertengahan April 2010.

Pertuduhan ketujuh menyatakan Wan telah mencabuli remaja lelaki berusia tiga belas sekitar Mei 2010 di hostel tempat tinggal remaja tersebut.

Pertuduhan kelapan menyatakan Wan telah melakukan kesalahan cabul dengan memaksa remaja berusia enam belas tahun itu untuk mencabuli remaja berusia tiga belas tahun sekitar Mei 2010 di hostel remaja terbabit.

Pertuduhan kesembilan adalah percubaan untuk mencabuli remaja lelaki berusia enam belas tahun di kediaman Wan pada 25 Jun 2010.

Ketika perbicaraan dan menurut keputusan hakim, remaja-remaja itu mengenali Wan Yunus selepas dia kerap mengunjungi hostel penuntut dan menjadi rapat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular