Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 16 Mac 2011

17 PATI jual ayam ditahan

FOTO: SEBAHAGIAN daripada warga Indonesia yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Johor ketika menjual ayam di pasar awam Tampoi semalam.



JOHOR BAHRU - Seramai 17 warga Indonesia yang bekerja di sebuah pasar awam di Tampoi di sini ditahan dalam 'Ops Jaja' oleh Jabatan Imigresen Johor kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Mohamad Nasir Abas berkata, ketika serbuan pada pukul 8 malam itu, kesemua pekerja terbabit sedang sibuk bekerja tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan didapati melakukan beberapa kesalahan termasuk menyalahgunakan pas lawatan dan pasport tamat tempoh.

"Pemeriksaan mendapati kebanyakan daripada mereka ini menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai pembantu jurujual ayam.

"Majikan seharusnya lebih bertanggungjawab dengan memeriksa permit pekerja warga asing terlebih dahulu sebelum mengambil mereka bekerja," katanya kepada pemberita di sini semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular