Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 16 Mac 2011

En Yin digugur jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah



KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk Peter Pang En Yin (gambar) digugurkan sebagai Timbalan Ketua Menteri dalam rombakan kecil Kabinet negeri yang diumumkan hari ini.

En Yin yang baru menyertai Gerakan semalam setelah meninggalkan Parti Liberal Demokratik (LDP) lebih enam bulan lalu bagaimanapun masih dikekalkan sebagai Menteri Belia dan Sukan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman pada sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Innoprise di sini juga tidak menyatakan sebab-sebab pengguguran En Yin sebagai Timbalan Ketua Menteri.

"Selepas mengadakan mesyuarat Kabinet hari ini, ada rombakan kecil apabila En Yin digugurkan daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri, tetapi jawatannya untuk Menteri Belia dan Sukan dikekalkan.

"Pengganti jawatan Timbalan Ketua Menteri yang dipegang olehnya akan diputuskan selepas ini," katanya.

En Yin mengumumkan keluar LDP pada 1 September lalu selepas Timbalan Presiden, Chin Su Phin mengumumkan pucuk pimpinan parti itu tidak lagi boleh bekerjasama dengan Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.

Selepas beberapa bulan tidak menganggotai mana-mana parti, En Yin bersama 118 penyokongnya menyerahkan borang keanggotaan kepada Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon di Sandakan, semalam.

Mengulas penyertaan En Yin ke dalam Gerakan, Musa berkata, beliau sangat menghargai sikap bekas timbalannya itu yang masih setia dengan BN.

Dalam pada itu, En Yin berkata, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya sepanjang menggalas jawatan Timbalan Ketua Menteri, sejak 13 Mei 2009.

"Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan penuh ketika saya menggalas jawatan tersebut dan amat bersyukur diberi kesempatan untuk terus berbakti kepada rakyat (melalui jawatan menteri)," katanya.

Katanya, beliau menerima secara terbuka keputusan anggota Kabinet negeri mengenai jawatan Timbalan Ketua Menteri yang disandangnya sebelum ini sambil menegaskan kuota jawatan tersebut adalah untuk ADUN berketurunan Cina.

Sabah mempunyai tiga Timbalan Ketua Menteri yang mana ia dibarisi oleh pemimpin yang mewakili bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan Cina.

Ketika ini, jawatan untuk bumiputera bukan Islam dijawat oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan manakala bumiputera Islam disandang Datuk Seri Yahya Hussin.

Persoalan siapakah bakal pengganti jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah kini menjadi tanda tanya selepas pengumuman pengguguran penjawatnya, En Yin.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, ADUN Karamunting itu digugurkan dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan ia berkuat kuasa serta-merta.

Namun begitu katanya, protfolio yang digalas oleh En Yin ketika ini iaitu sebagai Menteri Belia dan Sukan negeri masih dikekalkan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular