Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 17 Mac 2011

Brunei ambil langkah berjaga-jaga berikutan wabak taun




MIRI: Brunei menasihatkan rakyatnya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan merebaknya wabak taun di wilayah Limbang yang berjiran dengannya baru-baru ini.

Jabatan Kesihatan Brunei mengeluarkan nasihat itu selepas dua daripada enam warganya mengalami ceret-beret setelah menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Buang Abai di Limbang pada 6 Mac disahkan mengidap penyakit itu.

Ketika ini, semua enam orang itu telah pulih dan pulang ke rumah masing-masing, kata jabatan itu dalam satu kenyataan dipetik oleh akhbar tempatan Brunei hari ini.

Jabatan itu menyarankan rakyat negara itu yang melawat Limbang baru-baru ini dan mengalami ceret-beret agar mendapatkan rawatan di pusat kesihatan terdekat.

Sementara itu, jumlah terbaru kes taun yang dilaporkan oleh Jabatan Perubatan Limbang ialah 147 dengan dua kes serius dirujuk ke Hospital Miri. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular