Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 17 Mac 2011

Kes perantara artis: Mahkamah keluarkan waran tangkap



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perunding kewangan, Mohd. Amin Jamadi kerana gagal hadir bagi mendengar rayuan terhadap kesalahan menjadi perantara pelacuran melibatkan empat artis wanita, hampir 16 tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas penerbit rancangan televisyen, Haslinda Merican M.A. Merican, 45, hadir di mahkamah bagi mendengar rayuan terhadap hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 atas kesalahan serupa.

Kedua-duanya turut diperintah menjalani hukuman penjara tiga bulan lagi jika gagal membayar denda berkenaan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie yang bersidang bersama Hakim Datuk Clement Allen Skinner mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, V. Shoba.

Mahkamah kemudian menetapkan rayuan didengar pada 16 Mei depan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular