Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 17 Mac 2011

Kerajaan Pas kelantan kaji semula pengharaman loteri

FOTO: Nik Aziz




KOTA BHARU: Setelah menegaskan judi itu haram, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ”big sweep”.

Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, pendirian Kerajaan Pas Kelantan ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri ”big sweep” yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan,” katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP, Anthony Lok Siew Fook; Anggota Jawatankuasa DAP Pusat, Liew Chin Tong; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut di pejabatnya pagi ini.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas.

Dua parti politik, DAP dan MCA, bagaimanapun membantah tindakan berkenaan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan negara yang membenarkan loteri kebajikan untuk bukan Islam. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular