Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 27 Februari 2012

Pusat Jagaan Suami Percuma di Batam

Seorang wanita dari Singapura menatap iklan 'pusat jagaan suami percuma' di sebuah pub di Nagoya -- kemudahan yang boleh mengundang bahaya buat isteri dan suami.




SINGAPURA - SEKUMPULAN lima wanita mengerumuni pintu sebuah pub di Nagoya, Batam, dengan mata terpaku pada sekeping iklan pada papan tanda di tepinya.

'Jangan buat pasal! Mereka suruh kita tinggalkan suami kita di pub ini ketika kita pergi membeli-belah? Mereka kata percuma, hanya perlu bayar minuman,' kata seorang wanita bertudung berusia awal 50-an tahun dengan nada agak tinggi kepada rakan-rakannya yang ketawa terbahak-bahak.

'Alah, biarkan suami kita di sini, tak luak pun. Kita bebas ke sana sini dan boleh beli apa kita suka. Bawa suami buat semak aje,' celah seorang lagi wanita berusia lewat 40-an tahun dengan suara sinis.

Kumpulan wanita bertudung itu, yang dipercayai pekerja pembersihan di sebuah institusi posmenengah di Singapura, hanya berlalu pergi selepas sekitar 10 minit 'berbahas' mengenai 'kemudahan' yang disifatkan mereka sebagai 'kelakar seram' itu kerana boleh mengundang bahaya suami kahwin lagi secara sulit.

Wartawan yang kebetulan mahu memetik gambar iklan itu terpaksa berdiri agak jauh apabila melihat 'mak cik-mak cik' meleter di situ. Apabila diteliti, apa yang mereka leter dan ngomelkan itu ada asasnya.

Ini kerana iklan dalam bahasa Inggeris itu berbunyi: Pusat Jagaan Suami Percuma, Tinggalkan Suami Anda Di Sini Sementara Anda Pergi Membeli-Belah. Percuma. Hanya Bayar Minuman.

Pub itu dibuka dari 4 petang hingga 12 tengah malam. Terdapat lebih sedozen pub dan lebih sedozen lagi kelab malam, 'port' karaoke dan dangdut serta rumah urut di Nagoya, yang dulu dikenali sebagai Lubuk Baja.

Ada daripadanya tutup pintu menjelang subuh. Kebanyakan pengunjungnya lelaki dari Singapura dan Malaysia serta pekerja asing yang datang berbondong-bondong pada hujung minggu.

Kesemua tempat itu menawarkan kemudahan bagi lelaki mengambil minuman keras dan menjamu selera sambil mendengar muzik. Bagi yang mahu lebih daripada itu, sesetengah daripada pusat hiburan itu menawarkan khidmat seks.

Pelanggan boleh juga membuat tempahan, atau booking, untuk bermalam atau berseronok sekejap dengan pekerja seks kelas menengah itu di hotel-hotel di sana. Menurut seorang drebar di Hotel Harmoni yang mahu dikenali hanya sebagai Pak Joko, 60 tahun, kebanyakan wanita yang 'cari makan' di Batam berasal dari Pulau Jawa.

'Mencari hiburan di sini tak semahal dan lebih bebas berbanding di Singapura. Minuman, karaoke, perempuan semuanya murah. Layanan di sini juga ramah, dan paling penting isteri tak tahu,' kata seorang drebar teksi berusia 48 tahun dari Yishun, yang datang bersama tiga rakannya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular