Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 29 Februari 2012

Ugut sebar gambar bogel ' Penipuan Cinta Siber'



SINGAPURA - POLIS menahan tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 17 dengan 47 tahun - dipercayai sebahagian daripada sindiket yang terlibat dalam kes peras ugut dan penipuan yang dikenali sebagai 'Penipuan Cinta Siber' atau Internet Love Scam, semalam.

Menurut polis, pihaknya menerima aduan seorang lelaki Cina warga Singapura pada Ahad lalu bahawa beliau diperas ugut sekumpulan orang sepanjang sembilan bulan lalu.

Siasatan awal menunjukkan lelaki berusia 22 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita sekitar Mei tahun lalu menerusi satu ruang sembang di Internet, Alamak.com.

Beliau kemudian memulakan perbualan menggunakan webcam dengan wanita itu dan kemudian dipujuk supaya menanggalkan baju di depan webcam tersebut.

Tanpa disedarinya, wanita itu merakam adegan tersebut dan kemudian mengancam akan menyebarkannya jika beliau tidak memindahkan sejumlah wang kepadanya.

Dicengkam kebimbangan, lelaki itu mematuhi permintaan wanita tersebut dan memindahkan sejumlah $5,000 kepadanya.

Ugutan tersebut berlanjutan selama sembilan bulan. Lelaki itu turut menjadi mangsa beberapa lagi suspek yang tidak dikenali.

Secara keseluruhannya, lelaki itu membuat lebih 80 'bayaran' bernilai sekitar $97,000 kepada pelbagai akaun bank yang diberikan para suspek.

Menyusuli aduan lelaki itu, pegawai-pegawai polis daripada Divisyen Polis Ang Mo Kio menjalankan siasatan dan berjaya menahan empat suspek di sebuah unit di Blok 32 Marsiling Drive sekitar 4 pagi semalam.

Dua lagi suspek ditahan sekitar 3.30 petang di kawasan Ang Mo Kio.

Seorang daripada suspek yang ditangkap itu ialah seorang Melayu Penduduk Tetap (PR) Singapura manakala lima lagi adalah warga Singapura berbangsa Cina.

Dua suspek yang juga dipercayai dalang sindiket itu - seorang wanita berusia 17 tahun dan seorang lelaki berusia 22 tahun - akan didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan memeras ugut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular