Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 25 Februari 2012

Mahasiswa NUS pilih bantu pusat Muhammadiyah

Anggota NUSMS mengunjungi pusat Muhammadiyah untuk berinteraksi dengan warga tua serta membantu menyediakan cendera hati untuk diedarkan kepada para peserta acara jalan beramai-ramai.



SINGAPURA - PEPERIKSAAN bakal menjelang, namun sekumpulan mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) sanggup berkorban membantu golongan kurang bernasib baik.

Para mahasiswa dari Persatuan Muslim NUS (NUSMS) kini sedang bekerjasama dengan Pusat Kesihatan dan Jagaan Harian Muhammadiyah (MHCC) untuk mengumpul dana dan meningkat kesedaran mengenai usaha penjagaan warga tua di negara ini.

Dalam usaha mengumpul dana bagi badan kebajikan tersebut, anggota NUSM akan mengadakan acara berjalan beramai-ramai pada awal bulan depan.

Acara yang dikenali dengan nama Post65: Walk and Wheel-a-thon bermatlamat mengumpulkan $100,000 bagi MHCC, kata pengarah projek itu, Encik Hilmi Anuar.

'Sebagai permulaan seramai 28 mahasiswa NUS mengunjungi MHCC di Eunos Crescent untuk berinteraksi dengan pengguna pusat tersebut dan mengenal lebih lanjut kegiatan yang diadakan di sini.

'Kami juga sedang membantu membungkuskan cendera hati untuk diedarkan kepada para peserta acara berjalan beramai-ramai itu,' kata Encik Hilmi, mahasiswa tahun pertama jurusan kejuruteraan NUS.

Menurut Encik Hilmi, pihaknya memilih untuk membantu MHCC kerana mendapati pusat itu memerlukan dana bagi operasinya.

MHCC menawarkan kegiatan kesihatan dan rawatan pemulihan bagi warga tua.

Buat masa ini pusat itu memberi khidmat kepada 35 pelanggan setiap hari, dengan sebilangan besar warga tua dirujuk ke MHCC untuk menjalani rawatan pemulihan setelah mengalami angin ahmar.

'Menerusi kajian yang kami jalankan, MHCC mengalami defisit sekitar $100,000, justeru kami berharap dana yang dikumpulkan dapat membantu pusat itu meneruskan usaha menjaga golongan warga tua,' kata Encik Hilmi ketika ditemui semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular