Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 26 Februari 2012

Transformasi Kuih Melayu

APAM ini menjadi sangat laris dan boleh juga dipesan secara dalam talian. Oleh kerana ia amat berwarna-warni, maka ia turut dijadikan cenderamata bagi majlis perkahwinan atau ulang tahun.



SINGAPURA - SEPERTI lain-lain aspek dalam masyarakat Melayu, masakan, terutama kuih-muih, juga berubah mengikut zaman.

Banyak faktor yang mempengaruhi perubahan ini. Misalnya, kesukaran mendapatkan bahan-bahan, acuan daripada kayu atau buluh, teknik memasak menggunakan dapur tradisional atau bahan bakar seperti arang dan kayu api serta penggunaan daun-daun yang sukar diperolehi.

Antara bahan yang mungkin tidak mudah dijumpai adalah emping beras atau pulut, ubi kayu, tepung beras basah, tepung pulut basah, tepung kacang hijau (untuk membuat putu kacang) dan sebagainya.

Teknik memasak kuih secara tradisional menggunakan dapur kayu telah banyak diganti dengan menggunakan ketuhar. Kuih seperti bahulu, kuih bakar, bengkang (atau bingka) menggunakan api dapur kayu di bahagian bawah dan bara sabut kelapa di atas. Jadi, teknik memasak ini boleh menggunakan ketuhar atas dan bawah. Apa yang baiknya, suhu untuk kedua-duanya boleh ditentukan.

Sebagai contoh, sejenis kuih Melayu yang menggunakan acuan buluh iaitu putu bambu dan kuih tukil. Jika sukar mendapatkan acuan buluh, boleh digantikan dengan mangkuk kecil yang diperbuat daripada seramik. Selain itu, kuih tukil boleh juga dibuat dalam acuan aluminium untuk menjimat masa.

Banyak kuih-muih tradisional Melayu yang diubah suai mengikut cita rasa zaman sekarang. Antara sebabnya adalah kerana terdapat permintaan yang tinggi untuk mempelbagaikan kuih-muih. Ramai orang ingin mencuba sesuatu yang baru. Jadi, peniaga memasukkan elemen baru ke dalam kuih tradisional.

Contohnya, kuih bahulu biasa yang tiada perisa ditambah dengan esen pandan dan pewarna hijau, kopi, coklat urai, perisa strawberi dan lain-lain. Kuih bahulu yang pelbagai perisa ini mendapat sambutan pelanggan dan pembuatnya akan sentiasa mencari perisa dan pewarna baru.

Ini juga dilakukan pada wajik. Biasanya ia menggunakan gula merah dan berwarna coklat. Kini sudah ada wajik berwarna merah yang diberi nama wajik delima. Ada juga wajik pandan berwarna hijau.

Kuih talam seperti talam keledek, talam keladi, talam jagung dan seumpamanya turut menjalani transformasi. Bahagian lapisan atas yang disebut kepala kuih selalunya diperbuat daripada santan dan berwarna putih. Kuih talam masa kini mempunyai lapisan atas pelbagai warna sesuai dengan isi di dalam lapisan bawah. Misalnya, kuih talam keladi mempunyai lapisan atas berwarna ungu. Sementara kuih talam keledek ada lapisan atas berwarna oren (jingga).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular