Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

SAJIAN BERITA MENARIK NEGARA MALAYSIA - INDONESIA - SINGAPURA - BRUNEI ...UPDATE 3 KALI SEHARI.



Sabtu, 25 Februari 2012

Ekspo perkahwinan dirasmikan

Hajah Mordian menyaksikan salah satu pameran.



BANDAR SERI BEGAWAN - Ekspo Perkahwinan anjuran Graceful Lace, kumpulan projek penuntut tahun akhir Sijil Diploma Kebangsaan dalam Perniagaan dan Kewangan Sekolah Perdagangan dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula hari ini.

Ekspo yang berlangsung di Hua Ho Manggis Mall itu telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden 1 Majlis Perniagaan Wanita Hajah Mordian Haji Zakiah.

Antara lain tujuan ekspo tersebut adalah untuk mendedahkan perniagaan perkhidmatan perkahwinan yang beroperasi dari rumah ke rumah di samping mempromosi idea baru mereka kepada orang awam terutama kepada bakal pengantin.

Ekspo yang dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam itu disertai oleh perancang perkahwinan, pereka hantaran, pembuat cenderhati kek dan coklat.

Acara anjuran penuntut tahun akhir Sijil Diploma Kebangsaan ini merupakan sebahagian dari projek perniagaan tahun akhir sekali gus dapat menimba ilmu dari menganjurkan acara ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Jom klik khas untuk kalian..

Pengikut

Test for your internet speed

1MALAYSIA

1MALAYSIA
1 Semangat

Ads

ADV

Ads

Catatan Popular

FREE WEBSITE - GRATIS !!

Tukaran Mata Wang [ Currency exchange ]


Tukaran mata wang
 terkini:


Unit

Daripada

Kepada