Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 24 Februari 2012

Tidak serik dikeluarkan pas khas

Pegawai bertugas membuat catatan ke atas pekerja asing gerai sayur semasa Ops Tangkas 15.




BANDAR SERI BEGAWAN - Dalam tempoh tiga hari Ops Tangkas JIPK yang diadakan berturut-turut bermula 20 Februari hingga 22 Februari lalu di beberapa buah kawasan berasingan di daerah ini beberapa kesalahan didapati semasa pemeriksaan dijalankan.

Kawasan gerai menjual sate Mukim Sengkurong dan kawasan lepak di ibu kota menjadi sasaran operasi ini yang mana dua warga asing didapati bekerja di gerai sate berkenaan.

Semasa pemeriksaan dijalankan, perempuan warga asing itu sebelum ini pernah ditangkap kerana menyalahgunakan pas Imigresen dan bekerja di sebuah gerai di Mukim Pengkalan Batu pada tahun 2011.

Perempuan terbabit juga telah dikenakan kompaun sebanyak $500 pada kesalahan pertamanya dan ini merupakan kesalahan kedua selain itu, seorang lelaki remaja yang bekerja bagi membantu di gerai tersebut turut diperiksa dalam Ops Tangkas berkenaan.

Operasi di kawasan lepak dan permis perniagaan di kawasan bangunan perniagaan Delima Kompleks Berakas turut menjadi sasaran pegawai penguat kuasa di mana seorang warga asing yang melakukan kerja menyelenggara penyaman udara didapati memegang pas jaminan tukang kebun. Lelaki berkenaan dikeluarkan pas khas bagi siasatan lanjut dan barang peralatan yang digunakan dirampas untuk dijadikan bahan bukit.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular