Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 27 Februari 2012

Penerbit filem dibelasah 20 lelaki di pusat hiburan

Nadia membetulkan rambut suaminya, Hazil yang cedera dibelasah.




KUALA LUMPUR - Penerbit filem, Hazil Izham Ismail, 38, patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri akibat dipukul sekumpulan 20 lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan botol kaca dan kayu dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, awal pagi kelmarin.

Hazil yang juga suami kepada pelakon Nadia Mustafar, diserang kumpulan yang dipercayai petugas keselamatan premis berkenaan kerana mereka dikatakan berselisih faham mengenai zon larangan merokok.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Hazil mendakwa baru tiba di premis berkenaan untuk menemui empat kru penerbitannya bagi membincangkan urusan penggambaran.

Menurutnya, mereka kemudian didatangi kumpulan terbabit yang tidak puas hati apabila seorang daripada kru penerbitannya merokok di kawasan larangan sebelum berlaku pertengkaran.

“Saya pada mulanya cuba meleraikan mereka dan mengajak mereka berbincang. Namun, seorang daripada lelaki itu memukul belakang saya menggunakan botol manakala rakan-rakannya pula memukul kru saya yang lain.

“Lelaki itu sekali lagi menghentak kepala saya menggunakan botol biarpun saya cuba menenangkannya,” katanya yang kini dirawat di sebuah hospital pakar di Bangsar. Hazil berkata, dia hanya mampu menutup muka dan kepala menggunakan tangan sehinggalah dibawa pulang ke rumah oleh kru penerbitannya sebelum isteri membawa ke hospital.

Menurutnya, dia tidak mengetahui motif sebenar kejadian berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini.

Hazil berkata, dia mengalami patah tulang pipi kanan dan terseliuh di bahu kiri selain perlu melakukan pemeriksaan lanjut di kepalanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular