Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 29 Februari 2012

Lydiawati ditipu rugi RM1,380 acara majlis di Singapura



KUALA LUMPUR - Pelakon, Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, 46, kerugian RM1,380 selepas diperdaya seorang lelaki yang menawarkannya menjadi pengacara majlis makan malam anjuran sebuah syarikat petroleum di Singapura, Sabtu lalu.

Lydiawati berkata, lelaki yang tidak dikenalinya itu menghubunginya jam 9 pagi dan menjemputnya mengacara majlis terbabit di sebuah hotel di Jalan Orchard, Singapura, Ahad lalu dengan bayaran AS$7,000 selain bakal bergandingan dengan dua selebriti negara itu.

“Ketika dihubungi saya di Perlis dan dalam perjalanan pulang ke ibu kota. Dia memberitahu segala urusan mengenai tiket penerbangan ditanggung sepenuhnya dan meminta bayaran pendahuluan RM1,380 sebagai cukai pertukaran mata wang asing.

“Atas dasar percaya, saya memasukkan wang ke dalam akaunnya sebanyak RM690, namun dia memberitahu jumlah itu tidak mencukupi dan saya memasukkan semula RM690 pada petangnya,” katanya.

Lydiawati berkata, selepas memasukkan wang itu baru dia terfikir tidak perlu membayar wang pendahuluan sedangkan dia dijemput mengendalikan majlis berkenaan.

Kata Lydiawati, sejurus menyedari ditipu, dia menghubungi adiknya di Singapura untuk memeriksa lokasi majlis berkenaan dan terkejut apabila dimaklumkan majlis itu tidak wujud.

“Saya memeriksa senarai penumpang untuk penerbangan ke Singapura dan mendapati nama tiada dan lelaki itu gagal dihubungi,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular