Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 27 Februari 2012

Badrolamin rela undur diri demi PKR


KUANTAN - "Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," kata Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrolamin Bahron.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok kelmarin.

Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.

"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Badrolamin berkata cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa tempias daripada kes itu.

Terdahulu, Badrolamin yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya, Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Irfan Abdullah, untuk memberi keterangan lebih dua jam kepada pihak Jaip.

Sementara itu, wanita yang dipercayai berkhalwat dengan Dr Badrolamin tiba di pejabat Jaip pada pukul 3.05 petang dengan seorang lelaki dan seorang wanita.

Wanita 28 tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan pejabat Jaip pukul 6.20 petang.

Badrolamin berkata beliau mengenali wanita tersebut dan suaminya sejak setahun lepas di mana beliau sekeluarga dan keluarga wanita itu pernah
mengerjakan umrah bersama-sama.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keterangan Badrolamin setakat ini kerana sedang bertugas di luar daerah.

Sebelum itu, Mohd Ghazali dilaporkan berkata Badrolamin diminta tampil memberi keterangan dalam proses siasatan terhadap kes itu.

"Ia merupakan prosedur biasa dalam kes seperti itu dan disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982," katanya.

Menurut laporan media, Badrolamin ditangkap bersama wanita itu yang bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah kolej.

Bagaimanapun Badrolamin dilaporkan menafikan beliau telah ditangkap berkhalwat serta mendakwa insiden itu adalah tindakan terancang untuk memerangkap serta mengaibkannya.

Beliau juga mendakwa dipukul lebih kurang 20 lelaki "ala samseng" pada pagi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof ketika dihubungi Bernama hari ini berkata pihak polis sehingga kini masih belum
menerima sebarang laporan berhubung kejadian Badrolamin dipukul.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular