Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 28 Februari 2012

Isu pusat makanan halal antara yang dikemuka ke Parlimen



SINGAPURA - ISU kehalalan sesebuah pusat makanan sedangkan ia tidak diiktiraf sedemikian dan sama ada pemerintah akan mewartakan Thaipusam sebagai hari cuti umum, adalah antara perkara yang akan ditimbulkan apabila Parlimen bersidang hari ini.

Isu pusat makanan halal diajukan Encik Zaqy Mohamad (GRC Chua Chu Kang) kepada Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.

Menurut Kertas Susunan Mesyuarat, Encik Zaqy ingin tahu pendirian Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengenai pusat-pusat makanan yang dipasarkan sebagai pusat makanan halal sedangkan ia bukan demikian kerana Muis memberi sijil halal kepada gerai-gerai di dalamnya secara individu.

'Bagaimanakah Muis boleh meyakinkan orang ramai bahawa pusat-pusat makanan sedemikian diaudit dengan kerap bagi menyokong dakwaan mereka kerana sijil halal diberikan kepada setiap gerai mengikut tempoh yang ditetapkan?,' soalnya.

Baru-baru ini, pusat makanan Banquet mendapat perhatian masyarakat Islam setempat dan menimbulkan kesangsian di kalangan sesetengah pelanggan kerana ada gerai di pusat makanannya tidak mempamerkan sijil halal Muis.

Ini lebih-lebih lagi kerana sebelum ini semua gerai Banquet mempunyai sijil halal.

Pusat makanan itu telah menurunkan papan tanda 'We Serve Halal Food' (Kami Hidangkan Makanan Halal).

Sementara itu, Encik Gan Thiam Poh (GRC Pasir Ris-Punggol), pula akan bertanya Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Tenaga Manusia, Encik Tharman Shanmugaratnam, sama ada pemerintah akan menimbangkan mewartakan perayaan Thaipusam sebagai salah satu cuti umum di Singapura.

Sidang kemudian akan diteruskan dengan sekitar 25 AP dijangka berucap dalam perbahasan Belanjawan 2012.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular