Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 23 Februari 2012

Sebelum konsert, Slam lawat pesakit ginjal

Anggota kumpulan Slam, (dari kiri) Lili, Man, Eddy dan Ajaq, bersama presiden MKAC, Encik Ameerali Abdeali; pengarah urusan Hana Pte Ltd, Cik Rohana Omar; dan pengurus perhubungan pesakit, Cik Sakina Jinia; meneliti cenderahati yang disediakan oleh pesakit ginjal.


SINGAPURA - JADUAL ketat tidak menghalang band terkenal dari Seberang, Slam, meluangkan sedikit masa berinteraksi dengan golongan kurang bernasib baik di Singapura.

Di antara kesibukan mengadakan sidang media, wawancara di radio dan persiapan akhir bagi konsert dua jam mereka esok, Slam telah ke Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC) menemui para pesakit ginjal di sana, kelmarin.

Kumpulan yang diwakili Nor Azli Masrani (Lili), pemain bes; Abdul Razak Bajuri (Ajaq), pemain gitar kedua; Eddie Ahmad, pemain kibod; dan Othman Khalid (Man), pemain dram; berpeluang bergambar dan beramah mesra bersama beberapa pesakit ginjal di persatuan itu di Telok Kurau Road.

Dua lagi anggota Slam, iaitu Zamani Ibrahim, vokalis utama; dan Shah Nizam Abdul Halim, pemain gitar akustik, tidak dapat bersama.

Anggota Slam telah ke MKAC bagi menyaksikan sendiri sekumpulan pesakit ginjal menyediakan 150 cenderahati yang bakal dijual kepada para penonton di konsert Slam nanti.

Cenderahati itu adalah patung beruang kecil berwarna-warni dan coklat yang diimport khas dari Lebanon oleh Hana Pte Ltd, sebuah syarikat yang menjual produk makanan dari Timur Tengah.

Proses menghias dan membungkus cenderahati itu telah dimulakan tiga bulan lalu oleh enam pesakit ginjal yang mengalami masalah kewangan.

Dengan projek membungkus yang diusahakan Hana Pte Ltd, pesakit ginjal yang sukar mendapatkan pekerjaan itu berpeluang mendapatkan sedikit wang tambahan bagi membantu meringankan beban kewangan.

Di konsert Slam nanti, cenderahati itu akan dijual oleh anak-anak pesakit ginjal tersebut dan semua hasil jualan akan diserahkan kepada mereka.

'Slam sangat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada usaha kebajikan bagi membantu pesakit ginjal di MKAC.

'Sejak awal penubuhan Slam, kami memang selalu memberi sokongan kepada badan-badan kebajikan dan kami gembira kerana mereka mahu bekerjasama dengan kumpulan kami,' kata Ajaq.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular