Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 29 Februari 2012

[1] Zamil dakwa Ros isytihar dirinya ketua Kita




PUTRAJAYA – Zamil Ibrahim berkata, beliau bukan 'presiden syok sendiri' apabila Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah melantik dirinya sebagai ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) untuk menggantikan Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau berkata, Ros mengambil keputusan itu setelah meneliti tindakan bekas presidennya, gagal mengadakan mesyuarat di Kota Bharu, Kelantan pada 25 Februari lalu dan tergesa-gesa memberi notis untuk menangguhkan ke tarikh lain iaitu 28 April ini.

"Zaid juga tidak jawab lima soalan yang dikemukakan Ros dan menipu dalam urusan surat menyurat, jadi beliau tidak layak jadi presiden lagi," katanya.

Selain kejayaan mengadakan mesyuarat tergempar pada hari yang sama dan beberapa perwakilan terutama dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Sabah dan Pulau Pinang sebulat suara untuk memilihnya, kata Zamil, jawatan yang dipegang Zaid secara automatik terlucut.

"Kini, saya adalah presiden Kita yang sah dan Zaid adalah bekas presiden. Untuk menggerakkan parti ini, saya akan dibantu bekas Presiden Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim), Zakaria Salleh dan akan mengumumkan rombakan jentera parti untuk setiap negeri pada minggu depan.

“Manakala tindakan Zaid yang pernah memecat lebih daripada 10 orang dalam Kita, termasuklah Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng sebenarnya tidak mengikut prosedur. Justeru, saya berbuat demikian untuk menyelamatkan parti itu daripada terus terkubur bersama-sama bekas presiden,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ros di sini, hari ini.

Zamil yang juga Pengerusi Kita Kedah berkata, beliau telah ‘tercium’ rancangan Zaid untuk ‘menguburkan’ parti berkenaan apabila membiarkan pelbagai masalah dan akan menggunakan kuasa sebagai presiden untuk tidak membenarkan perwakilan dilantik sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, calon Kita telah bersedia menghadapi pilihan raya dan mereka kecewa apabila Zaid secara tiba-tiba membubarkannya atas alasan tidak munasabah.

“Saya tahu, Zaid tidak berminat menerajui Kita sebaliknya mahu jadi ahli Pas, menyerahkan borang kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bertanding di Kota Bharu atas tiket parti itu.

“Saya bukan cakap ikut suka, sebaliknya ada pemimpin itu memberitahu yang mereka juga tidak suka Zaid bertanding di sana. Apa pun, itu haknya dan jika Zaid hendak bertanding dengan atas tiket PKR pun, saya tidak kisah kerana paling penting jangan cuba membubarkan Kita,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular