Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 22 Februari 2012

Firma sediakan senarai syarikat halal dilabur di Singapura

Encik Magdy berkata IdealRatings akan membantu para pelabur runcit memilih saham-saham halal.




SINGAPURA - PELABUR Islam tidak lama lagi dapat mengetahui sama ada sebuah syarikat yang disenaraikan di bursa saham setempat halal dilaburkan.

Ini kerana sebuah firma berpangkalan di San Francisco, California, IdealRatings, merancang menyediakan senarai syarikat- syarikat yang halal dilaburkan di Singapura, menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan IdealRatings, Encik Magdy Eissa.

Dalam temu ramah eksklusif dengan Ekoniaga semalam, beliau melahirkan minat untuk meneroka peluang itu dengan berbincang dengan Bursa Singapura (SGX) bagi membantu para pelabur runcit di sini.

'IdealRatings berminat untuk berbincang dengan SGX bagi melaksanakan senarai syarikat-syarikat yang halal untuk dilaburkan,' kata Encik Magdy, yang ditemui semalam.

Menggunakan teknologi canggih firma itu, syarikat itu telah dapat menjana lima syarikat terbesar berlandaskan syariah yang disenaraikan di Bursa Singapura (SGX) (lihat kotak).

Encik Magdy, yang berada di Singapura atas undangan firma Penasihat Pengurusan Harta Islam Financial Alliance (FAiwa), telah bertemu dengan beberapa institusi kewangan di Singapura yang berminat menggunakan khidmat IdealRatings.

Dengan 45,000 saham dari lebih 100 negara, sekuriti dikaji IdealRatings merangkumi lebih 95 peratus daripada pasaran modal sejagat.

Maklumat syarikat itu digunakan oleh terminal-terminal kewangan di Bloomberg dan Thomson Reuters, serta pelanggan seperti FTSE, Credit Suisse, MSCI dan Yassar.

'Kami mempunyai 30 penyelidik, yang berpusat di pelbagai negara yang boleh bercakap pelbagai bahasa, yang akan berhubung secara langsung dengan syarikat-syarikat untuk mengetahui maklumat seperti berapa banyak pendapatan syarikat itu dijana melalui perjudian atau babi. Melalui kriteria-kriteria yang ditetapkan, kami akan dapat memberitahu mengapa sesebuah syarikat itu halal atau tidak, serta sebab-sebabnya,' jelas beliau.

Syarikat itu, yang mempunyai tiga pejabat di California, Kahirah dan Arab Saudi, menggunakan pelbagai kriteria termasuk kriteria di bawah Institusi Kewangan Pertubuhan Perakaunan dan Audit Islam (Aaofi) bagi menyaring syarikat-syarikat itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular