Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

SAJIAN BERITA MENARIK NEGARA MALAYSIA - INDONESIA - SINGAPURA - BRUNEI ...UPDATE 3 KALI SEHARI.



Khamis, 23 Februari 2012

Rombongan dari Acheh kunjungi Jabatan Mufti

Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Dato Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah menyampaikan buku cendermata kepada Abu Syekh Hasanul Bashri.




BANDAR SERI BEGAWAN - Rombongan seramai tujuh orang dari Yayasan Pendidikan Islam Al-Aziziyah (YPIA), Samalanga, Kabupaten Bireuen, Aceh, Indonesia hari ini telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Mufti Kerajaan, di sini.

Di Darulifta Brunei Darussalam, rombongan berkenaan telah mengadakan perbincangan bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Mufti yang diketuai oleh Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Dato Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah.

Sesuai dengan tujuan lawatan untuk menjalin persaudaraan dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan syiar Islam di wilayah Melayu Nusantara, perbincangan kedua pihak telah menghasilkan fikrah untuk mengadakan satu kerjasama dalam bidang manuskrip dan latihan penyelidikan.

Selepas perbincangan rombongan, yang diketuai oleh Abu Syekh Hasanul Bashri, iaitu pengasas Yayasan Pendidikan Islam dan Mursyidul Am Dayah/Pondok MUDI Mesjid Raya, Samalanga, Aceh, itu kemudiannya telah dibawa melawat Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS).

YPIA adalah sebuah lembaga pendidikan Islam terbesar di Aceh yang menyelenggarakan perpaduan antara sistem pendidikan pondok dengan sistem universiti.

Rombongan tersebut yang dalam rangka lawatan ke negara ini berada di sini selama tiga hari.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Jom klik khas untuk kalian..

Pengikut

Test for your internet speed

1MALAYSIA

1MALAYSIA
1 Semangat

Ads

ADV

Ads

Catatan Popular

FREE WEBSITE - GRATIS !!

Tukaran Mata Wang [ Currency exchange ]


Tukaran mata wang
 terkini:


Unit

Daripada

Kepada