Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 2 April 2012

Hasrat bapa sambut menantu tidak kesampaian

Kedua-dua anak Allahyarham Husin, Cik Norain (kiri) dan Cik Nurul Jannah, tidak dapat menahan sebak.



SINGAPURA - BAPA Cik Norain Husin adalah orang yang paling ghairah membuat persiapan bagi perkahwinannya yang bakal berlangsung November ini.

Bapanya juga telah merancang menjemput ramai temannya untuk sama-sama meraikan hari istimewa Cik Norain, 23 tahun.

Namun, hasrat si bapa menyambut menantu tidak kesampaian.

Pagi kelmarin, Allahyarham Husin Mohd Yunos, 49 tahun, terkorban apabila bot yang dinaikinya bersama-sama sembilan rakannya pergi memancing berlanggar dengan sebuah bot lain di perairan Terminal Penjuru di Jurong.

Dua rakannya cedera di kepala dan menerima rawatan di hospital sementara seorang lagi, Encik Hamidzan Abdullah, 34 tahun, dilaporkan masih hilang sehingga akhbar ini dicetak.

Menyifatkan bapanya, seorang penyelia di agensi pelancongan, sebagai seorang yang penyabar dan penyayang, Cik Norain berkata Allahyarham juga tidak lokek dengan senyuman.

'Setiap hari sebelum pergi kerja, ayah akan masak air dahulu dan apabila saya bangun untuk ke kerja pada 9 pagi, saya akan gunakan air itu untuk mandi kerana rumah kami tidak ada alat pemanas air.

'Waktu nak tidur pula, ayah akan siapkan tempat tidur, keluarkan tilam dan sebagainya. Ayah pun banyak tolong mak dan sangat ambil berat tentang mak,' kata Cik Norain yang ditemui bersama adiknya, Cik Nurul Jannah, 19 tahun, di luar rumah mayat Hospital Besar Singapura (SGH) pagi semalam.

Ibu mereka, Cik Hairani Ibrahim, 43 tahun, tidak kelihatan namun beberapa orang ahli keluarganya berkumpul di sana.

Sambil menahan sebak, Cik Norain dan Cik Jannah berkata bapa mereka gemar memancing dan kali pertama mereka mengikut Allahyarham memancing sempena tahun baru yang lalu di Jeti Bedok.

'Itu juga kali terakhir kami memancing dengan ayah,' kata Cik Norain, sambil menitiskan air mata.

Menurut kembar Allahyarham, Encik Hasan, Allahyarham telah menghubunginya sekitar 9 malam Jumaat lalu mengajaknya memancing bersama beliau dan teman-temannya keesokan pagi.

'Saya beritahunya kalau saat-saat akhir begitu tak boleh kerana saya harus bekerja,' ujar Encik Hasan.

Tidak disangka, itulah kali terakhir beliau dapat berbual dengan kembarnya itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular