Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 2 April 2012

Terkejut ejen kenakan 'pampasan' jika batal penjualan flat

Cik Beebi Zaliah menunjukkan pelbagai dokumen termasuk pelbagai perjanjian yang membebankan pasangan yang telah bercerai sepertinya.




SINGAPURA - BELIAU terpaksa berpisah dengan flat empat bilik kesayangannya di Yishun apabila rumah tangganya runtuh dan diarah mahkamah menjualnya di pasaran terbuka.

Namun, Cik Beebi Zaliah Mohamed Ismail, 54 tahun, dan bekas suaminya, Encik Abdul Sattar Mohamed Jeman, 56 tahun, mahu melihat flatnya dijual pada harga terbaik dan keuntungan yang diraih dijadikan kenangan abadi.

Pasangan tersebut tambah teruja apabila ejen rumah yang dirujukkan oleh peguam kes cerai mereka, menaksirkan harga jualan mencecah $440,000.

Selepas pertemuan kali pertama pada Januari lalu, pasangan tersebut bertemu lagi ejen wanita berkenaan 22 Februari lalu bagi menurunkan tandatangan pada dua dokumen dalam bahasa Inggeris yang tidak dijelaskan kandungannya itu.

Tetapi, tindak tanduk ejen rumah yang 'selalu sibuk' itu menyebabkan mereka menjadi haru-biru selepas dimaklumkan mengenai kandungan dokumen terma dan syarat tambahan tersebut.

Yang menjengkelkan ialah mereka perlu membayar bayaran perundingan sebanyak $250 jika penjualan flat dibatalkan.

Malah, jika flat telah mula dipasarkan dan mereka mahu membatalkan penjualan dalam tempoh eksklusif itu, bayaran 1 peratus daripada harga taksiran atau kos pemasaran sebanyak 2 peratus daripada harga taksiran flat mereka akan dikenakan.

'Saya terkejut kerana tak pernah dengar ejen rumah kenakan bayaran perundingan. Dahlah tu, kena bayar pampasan 1 peratus daripada harga taksiran flat atau kos pemasaran tidak lebih 2 peratus daripada harga taksiran flat jika saya batalkan khidmatnya.

'Masalahnya, si ejen rumah tak jelaskan kepada saya kesemua itu. Saya dan suami ingat dokumen yang kami disuruh tandatangani adalah bagi hak eksklusif memasarkan flat kami,' kata beliau.

Sejak itu beliau tawar hati kerana syarat dan terma dalam dokumen itu 'begitu mengikat mereka'.

Cik Beebi Zaliah juga menyatakan dokumen hak eksklusif kepada ejen rumah itu menyertakan harga taksiran flatnya yang berjumlah $405,000 - lebih rendah daripada taksiran asal sebanyak $440,000.

'Harga yang ditaksirkan jauh berbeza. Sepatutnya beliau tanya kami harga yang kami mahukan bukan suka-suka bubuh harga.

'Apabila saya tanya tak boleh ke jual harga tinggi, ejen tersebut menempelak saya dengan menyatakan saya tak boleh tamak.

'Apa dia ingat dia jual rumah saya macam ikan busuk ke?' tanya ibu tiga anak itu yang telah pun mencari ejen rumah lain sebagai pengganti.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular