Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 20 Mei 2012

Kehadiran Irshad Manji tidak dialukan



Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari
Mat Jahaya






SHAH ALAM - Aktivis liberal, Irshad Manji, tidak dialu-alukan di negara ini kerana dia jelas memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, kemasukan individu seperti Irshad di negara ini perlu dihalang kerana ideologi yang dibawa boleh mengelirukan umat Islam.

“Tulisan dan ceramahnya boleh menjadi racun dan merosakkan akidah umat Islam. Seruan kebebasan yang dibawa secara jelas melanggar norma dan prinsip ajaran Islam.

“Agama adalah untuk mendisiplinkan manusia dan ada batasnya, tidak boleh bebas sesuka hati. Tetapi kebebasan yang diperjuangkan itu adalah tidak sepatutnya disokong dan perlu ditegah sebelum menjadi barah di dalam negara kita,” katanya semalam.

Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang sebarang program anjuran penulis itu diadakan di negara ini kelmarin, Irshad sempat membuat promosi bukunya, ‘Allah, Liberty and Love’, di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur, Selangor (KLSCH) dengan kehadiran hampir 30 peminat.

Irshad dijadualkan mengadakan rangka promosi bukunya itu di tiga lokasi di ibu negara, tetapi dibatalkan pada saat akhir.

Menurut Fathul Bari, kerajaan bukan sahaja perlu melihat perkara itu secara serius, tetapi perlu mengambil tindakan tegas bagi memberi pengajaran kepada mereka yang terlibat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular