Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 21 Mei 2012

Awal ganti Dira jadi pengacara Melodi




KUALA LUMPUR - Aktres dan pengacara, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar kini secara rasmi mengundur diri sebagai pengacara program sensasi Melodi bersama Zizan Razak dan tempatnya digantikan oleh pengacara, Awal Ashaari bermula pada Jun ini.

Berita tersebut disahkan oleh pihak penerbitan Melodi menerusi e-mel yang dikirimkan kepada wartawan semalam.

Menurut penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar, pemilihan Awal dibuat selepas perbincangan dan keserasian yang dapat dilihat antara Awal dan Zizan.

"Pertukaran muka hadapan Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan.

"Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular