Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 18 Mei 2012

KOM diheret ke CAS



KUALA LUMPUR - KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) akhirnya diheret ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).Ia berikutan tindakan KOM yang hanya mengenakan amaran keras kepada enam atlet pecut negara yang melarikan diri daripada menjalani ujian antidoping pada Mei tahun lalu seterusnya menyebabkan Agensi Antidoping Dunia (WADA) membawa kes tersebut ke CAS di Lausanne, Switzerland.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Naib Presiden KOM, Datuk R. Annamalai (gambar kecil) semalam.

“Ya, memang KOM telah menerima surat daripada CAS berhubung kes itu. Berdasarkan kandungan surat itu, KOM diberi tempoh selama 10 hari untuk mengemukakan rayuan dan ia perlu sampai ke CAS selewat-lewatnya pada 21 Mei ini.

“Saya sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Presiden KOM (Datuk Seri Shahidan Kassim) dan KOM akan mengadakan perbincangan dengan peguam kami bagi mengetahui lebih lanjut proses untuk membuat rayuan,” kata Annamalai ketika dihubungi semalam.

Ketua Unit Agensi Antidoping Malaysia (Adamas), Nishel Kumar berkata, hukuman berbentuk amaran keras yang dikenakan KOM terhadap keenam-enam atlet terlibat ternyata telah melanggar peraturan ditetapkan WADA.

Katanya, mengikut peraturan WADA, melarikan diri daripada menjalani ujian antidoping adalah satu kesalahan dan sekurang-kurangnya perlu dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun dan bukan sekadar diberi amaran keras.

Ditanya sama ada KOM tidak sedar dengan peraturan yang telah ditetapkan WADA itu sebelum membuat keputusan sekadar mengenakan amaran keras terhadap atlet yang terlibat, Annamalai menjawab: “Kita memang sedia maklum mengenai peraturan itu.”

“Namun dalam kes ini, KOM mengambil kira daripada semua aspek. Salah satu daripadanya, keenam-enam atlet yang terlibat itu jelas tidak bersalah.

“Selepas melakukan siasatan, KOM mendapati (bekas) jurulatih mereka (Harun Rasheed Othman) yang bersalah dalam hal ini kerana telah mengarahkan keenam-enam atlet terbabit melarikan diri daripada menjalani ujian antidoping.

“Dengan mengambil kira usia atlet yang masih muda, hukuman penggantungan sudah pasti akan memusnahkan karier mereka dalam sukan olahraga. Selain itu, KOM juga mahu membela nasib atlet-atlet itu yang dilihat mempunyai potensi cerah untuk menjadi jaguh sukan olahraga.

“Disebabkan itu, KOM hanya mengenakan amaran keras kepada mereka dan jurulatih yang terlibat telah dikenakan penggantungan selama setahun,” ujar Annamalai lagi.

Pada 24 Mei tahun lalu, enam atlet pecut negara, Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamed, Yee Yi Ling, Norjannah Hafiszah Jamaludin, Nurul Sarah Abdul Kadir dan Mohd. Imran Abd Hadi telah melarikan diri daripada menjalani ujian antidoping di pejabat Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil.

Rentetan daripada isu tersebut, KOM telah menubuhkan satu jawatankuasa siasatan yang diketuai Annamalai pada September tahun lalu bagi mengetahui punca sebenar berhubung masalah yang timbul itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular