Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 24 Mei 2012

Esok Hari Bertenang, kempen tidak dibenarkan





SINGAPURA - PARA calon dan penyokong parti-parti politik tidak dibenarkan berkempen esok kerana ia telah ditetapkan sebagai Hari Bertenang.

Mereka juga tidak dibenarkan mengadakan rapat pilihan raya, mengunjungi rumah atau tempat kerja pengundi atas tujuan pilihan raya.

Namun, mereka boleh menghadiri acara ibadah atau acara di tempat kerja dengan syarat ia tidak melanggar peraturan yang ditetapkan berkaitan Hari Bertenang dan Hari Mengundi.

Jabatan Pilihan Raya semalam mengeluarkan kenyataan menggariskan perkara- perkara yang dilarang dan yang dibenarkan semasa Hari Bertenang.

"26 Mei merupakan hari mengundi bagi pilihan raya kecil di Hougang. Sehari sebelum hari mengundi, 25 Mei merupakan Hari Bertenang.

"Hari Bertenang ialah hari di mana kempen tidak dibenarkan dan pengiklanan pilihan raya tidak boleh diterbitkan atau dipaparkan.

"Ini bagi membolehkan pengundi menimbangkan dengan rasional pelbagai isu yang dibangkitkan sewaktu pilihan raya sebelum mereka keluar mengundi," kata kenyataan itu.

Antara yang dilarang termasuk iklan melalui Internet atau SMS.

Tindakan memakai atau mempamerkan perkara-perkara yang mempunyai lambang parti politik seperti lencana, simbol atau bendera juga tidak dibenarkan.

Menurut Jabatan Pilihan Raya, semua bentuk kempen dilarang kecuali laporan berita di akhbar, radio dan televisyen berkenaan pilihan raya.

Sepanduk atau poster yang telah dipasang sebelum Hari Bertenang dibenarkan berada di tempat asalnya.

Akta Pilihan Raya Parlimen juga melarang sebarang penerbitan hasil tinjauan pilihan raya pada Hari Bertenang dan Hari Mengundi.

Penerbitan hasil tinjauan ke atas mereka yang telah mengundi juga dilarang sebelum pusat-pusat mengundi ditutup pada Hari Mengundi.

Mereka yang melanggar peraturan boleh dikenakan hukuman denda dan/atau penjara.

Mengenai Hari Mengundi pula, Jabatan Pilihan Raya berkata pusat-pusat mengundi akan dibuka dari 8 pagi hingga 8 malam.

Setiap pengundi dikehendaki membawa kad pengenalan atau pasport serta kad undi mereka ke pusat mengundi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular