Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 25 Mei 2012

Suasana Oman mula terasa di Kampong Gelam


Maklumat mengenai projek naik taraf $5.3 juta Muscat Street pada poster di tapak projek.




SINGAPURA - SUASANA Oman kian terasa di sekitar Masjid Sultan dan kawasan bersejarah Kampong Gelam.

Ini kerana dua gerbang projek menaik taraf Muscat Street - nama jalan sempena ibu negara Oman - telah tercegat di pintu masuk ke kawasan itu dari Kandahar Street dan Arah Arab Street.

Gerbang tersebut diperbuat daripada granit dan setinggi lapan meter.

Dijangka siap Julai ini, projek $5.3 juta itu bakal menambah kemeriahan menyambut Ramadan dan Aidilfitri di situ.

Semasa membuat tinjauan beberapa hari lalu, pekerja dilihat memasang lantai jubin ala Timur Tengah di jalan di sebelah Masjid Sultan itu, sementara pelancong memetik gambar kerja-kerja yang sedang dijalankan.

Namun, mereka tidak perlu bertanya apa yang sedang dilakukan kerana poster mengandungi maklumat lengkap dan gambaran artis Projek Muscat Street itu dipasang di tapak projek.

"Mesti cantik apabila siap nanti. Betul-betul macam di Timur Tengah kerana saya pernah nampak desain gerbang yang sama di sana,'' kata seorang pelancong dari England yang memperkenalkan dirinya sebagai Cik Nelly, 40-an tahun.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengumumkan sebelum ini projek itu bakal menjadi projek ikonik yang mencerminkan hubungan sejarah Oman dengan Singapura dan rantau ini.

Dimulakan November lalu, projek itu bertujuan memperindah dan meningkatkan tarikan laluan itu. Ia akan menyediakan lebih banyak ruang masyarakat serta memperkaya ciri-ciri etnik kawasan itu.

Jalan 125 meter panjang dan 11 meter lebar itu akan juga diperindah dengan lukisan mural dan seni mozek.

Plaza pejalan kaki - jalan masuk ke Masjid Sultan - akan juga dibina.

Selain memainkan peranan besar dalam proses rekaan bentuk, Oman menderma gerbang-gerbang granit dan karya mozek bagi projek itu.

Mantan ketua Perbandaran Muscat, Encik Abdulla Abbas, mencadangkan projek itu ketika mengunjungi Singapura pada April 2007.

Ia kemudian diumum semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri Oman ke sini pada Disember tahun itu.

Menyusulinya, satu memorandum persefahaman (MOU) ditandatangani semasa lawatan mantan presiden S R Nathan ke Oman pada Mac 2009.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular