Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 23 Mei 2012

Laman web MIPR digodam?





BANDAR SERI BEGAWAN - Laman web rasmi Kementerian Perindusterian dan Sumber-sumber Utama digantung buat sementara, dipercayai akibat digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Satu pengumuman dibuat menerusi facebook kementerian berkenaan menyatakan bahawa pada kira-kira pukul 9.00 hingga 10.00 pagi ini, laman web mereka www.bruneimipr.gov.bn "pada masa ini tidak dapat diakses sehingga diberitahu kelak kerana beberapa isu teknikal."

Media difahamkan, laman web berkenaan telah digodam oleh satu sumber yang mempunyai sejarah percubaan serupa yang telah menjejaskan laman-laman web antarabangsa yang lain.

Satu rakaman gambar laman web berkenaan yang diambil tengah malam tadi susulan perbuatan menggodam itu dikirim kepada Media oleh orang awam menunjukkan sebuah kumpulan Islam yang menamakan diri mereka 'Brothers Team' mengaku melakukan perbuatan itu.

Motif mereka bagaimanapun tidak dijelaskan. Namun penggodaman-penggodaman lain yang serupa oleh kumpulan itu telah meletakkan mesej berbunyi;

"Dimana keselamatan; kami tidak akan berhenti menggodam; ini bukan satu permainan; ia adalah tugas kami; jumpa awda admin" (Where is security; we will never stop hacking; is not a game; it's our job; see you admin)." Mereka juga meninggalkan mesej yang menjelaskan apa yang dikatakan makna Islam yang sebenar dan beberapa alamat laman sesawang yang dikaitkan dengan sejumlah laman Islamik.

Sambil memohon maaf kepada orang ramai, seorang jurucakap Kementerian berkenaan memberitahu Media bahawa perkara tersebut kini disiasat oleh Pusat Kebangsaan e-Kerajaan (EGNC) bersama-sama dengan Information Technology Protective Security Services Sdn Bhd (ITPSS) dan pasukan IT kementerian sendiri.

Di bawah undang-undang Negara Brunei Darussalam, perbuatan sedemikan (menggodam) adalah salah menurut Akta Penyalahgunaan Komputer yang mana kesalahan itu membawa hukuman denda antara $5,000 hingga $100,000 dan penjara antara 2 hingga 20 tahun.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular