Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 23 Mei 2012

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’



KUALA LUMPUR - Perumpamaan ‘disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’, begitu sinonim dengan situasi pergolakan rumah tangga yang berakhir dengan penceraian.

Namun, berlainan pula dengan pergolakan rumah tangga Adi atau Mohamed Hadi Putera, 31, bersama isterinya, Zuhaida Yusof, 37, yang akhirnya menemui jalan penyelesaian dengan menarik semula kes itu Isnin lalu.

Kelmarin, Adi dan Zuhaida mengadakan sidang media di sebuah kafe, Hotel Park Royal bagi menjelaskan mengenai status mereka selepas timbul kontroversi kedua-duanya dikatakan sudah lagi tidak sehaluan.

“Saya bersyukur kerana diberi kesedaran menarik semula kes ini sekali gus menyelamatkan hubungan kami sebagai suami isteri.

“Apa yang berlaku sehingga saya ambil keputusan menarik semula kes penceraian terhadap isteri, saya anggap ia satu keajaiban,” jelas Adi.

Menurut Adi, keputusan untuk memfailkan penceraian tidak semestinya berakhir dengan perpisahan, malah apa yang berlaku juga menjadi iktibar buat dirinya untuk lebih hargai rumah tangga yang telah dibina selama enam tahun itu.

“Setelah memfailkan kes ini, pihak mahkamah beri saya dan isteri masa selama sembilan hari untuk berfikir panjang tentang masalah ini.

“Alhamdulillah, berkat usaha kami untuk menyelamatkan rumah tangga ini, akhirnya termakbul dan kami bersetuju untuk tarik semula fail penceraian supaya dapat meneruskan kehidupan sebagai suami isteri,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular