Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 22 Mei 2012

Pemerkosa larikan seluar dalam mangsa untuk koleksi




KUALA LUMPUR - Bukan saja menyamun wang tunai, cincin emas dan komputer riba dianggarkan bernilai lebih RM4,000, malah seorang lelaki berusia lewat 30-an turut melarikan seluar dalam milik pekerja sebuah salun di Setapak, di sini, selepas merogolnya, kelmarin.

Difahamkan, lelaki terbabit melarikan seluar dalam mangsa berusia 37 tahun itu dipercayai untuk dijadikan koleksi peribadi.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, lelaki terbabit dilaporkan mengikat kedua-dua tangan mangsa menggunakan tali selepas merogolnya.

Mangsa yang diselamatkan majikannya sejam kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.

Menceritakan kejadian itu, sumber berkata, lelaki itu datang ke kedai mangsa dengan berpura-pura mahu membuat rawatan muka.

“Mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat lelaki terbabit mengarahkannya masuk ke bilik rawatan,” katanya memberitahu ketika kejadian, mangsa bersendirian di kedai berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular