Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 23 Mei 2012

Amah WNI letak darah haid ke dalam kopi majikan



SINGAPURA - SEORANG amah warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Rendah semalam kerana dikatakan memasukkan darah haid ke dalam secawan kopi majikannya.

Jumiah, 24 tahun, dituduh melakukan perbuatan nakal itu dengan meletakkan darah haidnya ke dalam cawan majikannya, Encik Phang Nyit Sin, 38 tahun.

Kejadian itu berlaku di flat majikannya di Choa Chu Kang pada 31 Ogos tahun lalu.

Mahkamah diberitahu bahawa Jumiah yang telah bekerja dengan Encik Phang selama setahun merancang mengaku bersalah.

Kes amah yang berbadan kecil itu akan didengar lagi pada minggu depan.

Mahkamah menawarkan ikat jamin berjumlah $5,000 kepadanya.

Bagi kesalahan itu, Jumiah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun dan didenda.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular