Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 1 Julai 2012

Jumpa anak selepas tujuh tahun dilarikan isteri





KUALA LUMPUR - Seorang bapa, Hanafi Salleh, 36, tidak mampu menahan air mata kegembiraan setelah dipertemukan semula dengan dua anak lelakinya yang didakwa dilarikan ke New Zealand oleh isterinya tujuh tahun lalu.

Dia yang ditemani Setiausaha Agung Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Abdul Khalid Chairul sempat beramah mesra dengan dua anaknya, Muhammad Syayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, di sebuah taman permainan di Nelson City, New Zealand semalam.

Menurut Abdul Khalid, pertemuan yang turut dipantau wakil Kementerian Pembangunan Masyarakat New Zealand iaitu Nelson Site Child Youth and Family (CYF) bakal menentukan keputusan permohonan membawa pulang dua kanak-kanak itu ke Malaysia.

"Dua kanak-kanak tersebut gembira berjumpa Hanafi dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan di Malaysia.

"CYF amat mementingkan kebajikan kanak-kanak tersebut. Jika respon positif, mereka akan dibawa pulang hujung minggu ini," ujarnya ketika dihubungi.

Media pada 15 Jun lalu memaparkan kesedihan yang terpaksa ditanggung Hanafi apabila dua anaknya itu dilarikan isterinya ke New Zealand sejak tujuh tahun lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular