Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 3 Julai 2012

Nafsu songsang sangat menebal



KUALA LUMPUR - Bukan mudah untuk membimbing lelaki yang bernafsu terhadap kaum sejenis kerana mereka selesa dan tidak takut berdepan masyarakat disebabkan aktiviti berkenaan sukar dikesan.

Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh berkata, pengalamannya selama 25 tahun berdepan pelbagai kes berkaitan homoseksual mendapati, keinginan golongan itu untuk memuaskan nafsu mereka sangat menebal dalam diri kerana mereka sudah merasai kelainan hubungan berbanding perkahwinan normal antara lelaki dan wanita.

Menurutnya, di dalam sesetengah kes pemulihan, ada pengadu yang berpatah balik kepada kegiatan lama akibat tidak tahan pengaruh rakan ditambah mereka boleh berselindung di mata masyarakat. “Ini masalahnya kerana mereka bebas bergerak melakukan aktiviti terbabit. Siapa sangka mereka berkelakuan sumbang kerana sama jantina, tetapi ini ruang yang mereka ada kerana masyarakat tidak mengesyaki apa-apa.

“Saya juga berdepan pengadu yang memberhentikan sesi pemulihan selepas bertahun-tahun hanya kerana tidak tahan pelawaan rakan sejenis, akibatnya mereka terjerumus semula walaupun sudah hampir pulih,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular