Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 14 Julai 2012

WNI Lari bogel elak dicekup Imigresen





KUALA LUMPUR – Sebuah penempatan haram yang menjadi tempat tinggal pendatang tanpa izin di Hutan Simpan Bukit Kiara, di sini, terbongkar selepas diserbu anggota Jabatan Imigresen, awal pagi semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, penguat kuasa perlu meredah denai di dalam hutan itu selama 30 minit sebelum menemui penempatan haram di lereng bukit itu pada jam 5 pagi.

"Ketika serbuan, kebanyakan warga asing terbabit tidur nyenyak sebelum dikejutkan penguat kuasa. "Setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada di antara mereka yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas kain sarung yang dipakai terlucut, ada pula yang bersembunyi di belakang pintu untuk mengelak daripada dicekup penguat kuasa," katanya.

Menurutnya, dalam serbuan itu seramai 17 warga Indonesia ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Berdasarkan risikan, penempatan haram yang wujud sejak lebih tiga tahun lalu itu turut dijadikan transit oleh ejen atau syarikat perumahan yang menggunakan khidmat pekerja warga asing sebelum dibawa ke tempat lain,” katanya.

Operasi dua jam yang berakhir 7 pagi itu turut mendapat kerjasama daripada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Mereka yang ditahan dalam operasi itu berusia 19 hingga 52 tahun dibawa ke Pusat Tahanan Imigresen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular