Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 30 Januari 2014

Anak pasangan Sweden diserah ke kedutaan


STOCKHOLM - Empat anak pasangan Malaysia, yang kini ditahan reman kerana dakwaan memukul tangan anak lelaki mereka, semalam diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini.

Sebelum ini, anak-anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal  itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan pasangan itu pada 18 Dis lepas.

Semalam, selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, anak-anak itu yang dikenali sebagai Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif,7, dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia di sini pada 4 petang  waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Empat beradik itu, yang kelihatan teruja dan dan gembira, dibawa dari sebuah sekolah ke Kedutaan Malaysia di sini sebelum dipertemukan dengan saudara mara mereka.

"Saya sangat gembira dan terharu. Tidak sangka bertemu dengan saudara mara. Terima kasih semuanya," kata Aishah pada majlis penyerahan mereka oleh pihak berkuasa Sweden kepada Kedutaan Malaysia di sini.

Kedutaan Malaysia dijangka menyerahkan mereka kepada keluarga angkat baharu iaitu keluarga Islam Malaysia di sini.

Aishah yang mewakili adik-adiknya turut berterima kasih di atas sokongan padu kerajaan dan rakyat Malaysia sejak kes mereka dilaporkan bulan lepas.

Empat beradik itu juga dilihat seronok berbual dan bergurau senda dengan saudara mara mereka sambil menjamu hidangan nasi lemak yang disediakan pihak kedutaan.

Majlis itu disaksikan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Duta Besar Malaysia ke Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman, Pengerusi Biro Aduan Pemuda UMNO Sheikh Nafiq Alfirdaous dan timbalannya yang juga Pengerusi Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar.

Dalam sidang berita kemudian, Hamzah berkata kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di sini menzahirkan penghargaan kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar Negeri Sweden, Frank Belfrage, pihak Khidmat Sosial Sweden dan semua pihak yang menjayakan usaha itu.   

"Mereka faham dan sedar bahawa anak-anak ini patut berada di bawah jagaan keluarga yang memahami budaya kita...mereka sedar mengenai perbezaan ini.

"Ini (kes) kali pertama berlaku pada rakyat kita. Kita perlu rancang strategi dan inilah hasilnya," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular