Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 28 Januari 2014

Polis buru penjenayah berbahaya di hutan berhampiran plaza tol Behrang


SLIM RIVER - Polis Perak menggerakkan pasukan 'Ops Kesan' sejak malam tadi memburu sekumpulan penjenayah berbahaya dan dipercayai memiliki senjata api yang disyaki bersembunyi di kawasan hutan berpaya berdekatan plaza tol Behrang di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, kumpulan yang disyaki mempunyai lebih tiga orang suspek itu meninggalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi Q7 pada 7.30 malam di Kilometer 379.1 Lebuhraya Utara Selatan untuk melarikan diri.

"Sebelum itu polis mengejar kenderaan terbabit dan apabila tiba di kawasan yang terletak tiga kilometer dari plaza tol Behrang, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum kita berbalas tembakan dalam keadaan berhati-hati terhadap orang awam,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim di sini hari ini.

Beliau berkata, terdahulu IPD Tanjung Malim menerima maklumat berkenaan dua kes samun berlaku di Rawang, Selangor yang masing-masing melibatkan wang tunai RM5,000 dan sekeping cek bernilai RM17,000 pada 4.45 petang dan kenderaan suspek dikesan menuju ke utara melalui lebuh raya itu.

"Pada 6.30 petang, kenderaan SUV berwarna putih dengan nombor pendaftaran palsu JGJ 7 itu dikesan merempuh tiang penghadang pondok kutipan tol di plaza Behrang menuju ke arah pekan Slim River," katanya lagi. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular