Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 25 Januari 2014

ZALIM: GURU PAKSA 2 MURID MAKAN RUMPUT

Kiri guru yang berkenaan.

TAPAH - Seorang guru lelaki bertindak keterlaluan sewaktu menjatuhkan hukuman denda ke atas dua murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng, Sungkai di sini apabila menjadikan mereka bagaikan lembu dengan menggantung loceng di leher dan memaksa mereka makan rumput pada Khamis lalu.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku selepas kedua-dua murid berusia 10 tahun itu didakwa gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberi.

Mereka dihukum oleh guru berusia 26 tahun itu yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sebuah kelas yang mempunyai 11 orang murid di sekolah tersebut.

Empat orang pelajar gagal menyiapkan tugasan yang diberikan namun guru itu hanya menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua pelajar tersebut.

Salah seorang bapa saudara mangsa iaitu Muktasim Hashim, 28, mendakwa, pada mulanya mereka dirotan dua kali di tapak tangan sebelum diarah memakai loceng di leher dari pukul 9 pagi sehingga tamat waktu persekolahan pada pukul 1.30 petang.

"Jika gagal berbuat demikian, mereka akan dirotan 10 kali lagi. Jadi mereka akur dengan arahan tersebut sehinggakan mereka malu untuk ke kantin sekolah.

"Kejadian kedua pula berlaku pada waktu rehat pukul 10.10 pagi apabila guru tersebut yang datang semula ke kelas mangsa telah bertindak mengambil rumput di hadapan kelas lalu memaksa mangsa makan," katanya ketika ditemui pada satu sidang akhbar di Balai Islam Taman Permai, di sini semalam.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular